Harini aku pergi interview untuk sah jawatan guru. Actually, ni interview pertama aku. Sebelum masuk cikgu haritu, aku ujian Insak je, coz budak scholar KPM tak payah interview. Berdebar2 tak payah cakap. Tengok interviewer tu Indian plak. Ayokkk. Dah cuak tahap max dah.
Pastu tengok calon2 lain, duk belek nota. Sekali dengar2 ada yang tengah bincang pasal Parlimen, Sultan segala. Adoii aku tak baca part tu, lagila tambah cuaks. Tapi aku wat relax je, takut nanti cuak sampai tak dapat jawab langsung. Huh.
Sampai kat pegawai yang jaga pendaftaran tu, dia belek result SPM aku pastu cakap :
Officer : Banyaknya A ni. Berapa A ni?
Aku : 8A encik.
Officer : Kenapa tak pergi oversea?
Aku : Ha?err saya pergi interview MARA,tapi tak lepas.
Aku : 8A encik.
Officer : Kenapa tak pergi oversea?
Aku : Ha?err saya pergi interview MARA,tapi tak lepas.
Pastu, adala sampul surat yang dah digam, sulit iaitu laporan pengetua. Dapatla tengok markah yang dia bagi. Terkejut gak, tinggi markah dia letak. 92.2%. Officer tu siap cakap, ha abesla kamu. Expectation tinggi sikitla kalau dia tengok markah kamu tu. Lama jgakla orang yang kena kat bilik satu. Dalam setengah jam. Bertambah cuak lagi, nak cakap apa 30 minit. ayoyo. :P
Masuk2 je, aku cuba cover kecuakan aku. Masa perkenalkan diri, aku cerita sekali pasal sekolah felda yang aku mengajar. Pastu dia belek2 result sambil tanya :
Interviewer: Tinggi pointer kamu. Berapa kali dapat dean's list?
Aku : 7 semesters Sir
Aku : 7 semesters Sir
Pastu segala soalan berkenaan pipp, nkra, kpi kpm, 1malaysia, falsafah pendidikan kebangsaan, isu semasa, guru cemerlang, pnp pun keluarla. So far, takde yang aku tak dapat jawab. Walaupun rasa cam kelam kabut je jawab, tapi alhamdulillah, dapat jawab. Lega sangat.
Bila dia dah siap tulis markah, dia pun cakap. I suggest you sambung master secepat mungkin ok. We need people like you. I used to work with the kementerian, and memang kami sangat berharap orang seperti kamu dapat sambung ke peringkat lebih tinggi, up to phd. Supaya nanti cepat naik. Dia siap kata, UTM mesti dah offer kan untuk sambung. Hehe, aku sengih je, sambil jawab, Yes Sir. Saya akan sambung. Hehe. Tapi memang tengah sambung pun. Malas nak cakap je. Panjang cite plak nanti. Sempat jgak dia tanya, dah kahwin ke belum. Ahaha.
And petang tu, aku dapat berita gembira berkenaan interview tu. Happy sangat2!Alhamdulillah :D
Ni cerita lain plak. Biasalah, update secara pukal. Huhu. Kat atas tu, gambar men of my life. Hehe, tapi abah takde. Aku akan paling rindu captain Haziq yang tengah2tu. Sekarang ni, cuti dia yang tak sampai sebulan tu dah nak habis. Dulu, 7 bulan belayar barula dapat balik. Dalam tempoh tu, memang semua orang rindu bangat kat dia. Sampai termimpi2. Bila dia balik sekejap ni, rasa happy sangat.
And, dia kena naik kapal lain untuk sambung lagi. Minggu lepas dia turun Kulai. Lepak rumah aku. Sebab nak kena masuk Singapore, untuk medical check-up and amik boarding pass segala sebelum masuk next kapal ni. Bila hantar dia dekat bus station nak balik, bila dia peluk kuat2 and kiss aku, aku jadi sebak. Masuk kereta je mengalir je airmata. Sedih sangatt ;( Rasa macam entah bila la jumpa lagi. Bila aku telefon mama,mama plak nangis. Aduhai, memang semua orang emo saat2 kritikal ni. Dalam hati, hanya mampu berdoa, semoga dia pergi dan pulang dengan selamat. Sebab kapal dia kali ni lalu kawasan yang kena serang dengan lanun tu. Lagila hati tak tenang. Bertambah2 sedih bila fikir, hubby jauh, adikpun jauh. Sedih, nangis lagi ;(
P/s : Sangat2 rindu kat hubby. Aku terpaksa bertahan tak jumpa 2 bulan ni. Cuti bulan 6 baru dapat jumpa. Ya Allah, permudahkanlah urusan perpindahanku. Aminnn. Alhamdulillah, pengetua dah sign borang pindah. Result keluar 28hb Mei. Kalau dapat, kena pack barang ke Labuan :D





6 comments:
well done yana! so kiranya dah sah jawatan guru la ni eh? Good job! =D
Kalau dapat kat Labuan, sure yana gembira sampai melompat-lompat nih.heeheeh.
Erk kak, nape haziq nampak lain eyh? Nampak dah matang dan err makin kacak, hak hak
Tahniah kak ngah! ;)
hehehe
hepi for you sayang.
aik.. bila bukak balik kunci blog weh??
ala dua bulan je... bukan dua tahun... :P
aku tak sempat baca habis semua..nanti nanti aku sambung....cuma nak cakap..tahniah la...dah konfirm....diserap masuk jawatan...
kementerian nak kan org macam awak..huh..ayat tinggi tu...hahahaha...tahniah wei...
Post a Comment