Sunday, January 31, 2010

The Happiest Woman In The World :D

Salam semua. Sangat lama aku tidak menulis. Sejak privatekan blog semenjak mula mengajar, memang kebahagiaan berfoya2 bersenang lenang diragut begitu sahaja. Sekarang, sudah boleh menerima suasana baru dalam hidup ni. Barulah rasa nak menulis itu ada semula. Mahu setiap detik dalam hidup ini disimpan rapi dalam blog ini. Rindu sangat2 dengan kawan2. Mohon maaf sangat-sangat. Sudah lama tidak ke blog kalian.

Bercakap pasal wedding, tanggal 25hb disember 2009 yang lalu, aku sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati, JK :D. Dan majlis persandingan pada 26hb. Terima kasih sangat2 pada kawan2 yang sudi hadir, tidak lupa juga atas kiriman hadiah yang diterima. Sangat banyak sampai penat nak membukanya. Hahaha. Kalau nak cakap, barang dapur segalanya lengkapla. Rice cooker sampai 3. Vacuum pun ada. Serious, hati sangat berdebar2 saat mahu dinikahkan. Aku memandang JK yang berada di depan aku, disaksikan oleh ahli keluarga yang terdekat dan jiran tetangga. Dalam hati aku berkata ' Ena, he's the ONE. Yakinlah pada jodoh yang ditentukan Allah dan jadilah isteri yang terbaik'. Dan dengan sekali lafaz sahaja, aku sudah sah bergelar Mrs. JK. Eh, Mrs. Roslan. Ehehe. Dalam hati bahagianya hanya Allah sahaja yang tahu. :D

And marriage life sangat best. And he has made me the most happiest woman in the world. Tidak boleh diucapkan dengan kata2 macam mana bahagianya hati ini. Sangat2 bahagia. Thanks sayang!I love you so much!mmmmuuuuahhhh :D



:D


Dan dugaan yang paling besar selepas berkahwin ialah, aku di JB. JK di Labuan. Walaupun baru sebulan lebih berkahwin, tetapi sangat menyedihkan bila berjauhan macam ni. Memang tidak boleh jumpa selalu. Kalau jumpa pun, cuti sekolah. Sedih sangat2. Tapi aku mesti kuatkan diri. Chaiyoookkk!InsyaAllah bulan 3 nanti aku akan minta ditukarkan ke Labuan. Doa2la ek kawan2 supaya dipermudahkan segala urusan.

Tidak sanggup duduk jauh2. Setiap kali berpisah di airport, pasti air mata mengalir. Rasa tidak mahu lepas peluk JK;(

Nanti aku update lagi pasal wedding and the pictures. Banyak sangat nak dishare dengan kawan2. Take care! :D

15 comments:

nadia-ady said...

update jue akhirnya! :D

happy tengok yana happy.=)

nanti nak tukar ke Labuan eh? insyaAllah boleh punya, alasan kukuh n lagipun labuan kurang guru kan. Take care, yana!

LORD ZARA 札拉 said...

hehehe~

kalau dapat pindah, mesti beritahu zara ya sayang?

peluk~~

meo188 said...

:)

Mohd Fahmi Muhammad Mubarak said...

Akhirnya, blog ini tidak terkubur begitu saja...
Seronok tengok akak happy...
Bukan tengok akak aje, seronok tengok orang di sekeliling happy...
:)

Semoga tabah menjalani kehidupan berkeluarga kelak...

farah aminuddin said...

farah likes this

eehehehe

Nizam.Ariff said...

Lamanya...

Diya said...

I'm happy so muchies for u, kakak =)

Yunus Badawi said...

Salam Liyana.

Tahniah ko dah bergelar seorg isteri.

Aku doakan ko dapat bertukar ke Labuan. Org yg belum kawen pun sedih bila berpisah ini pulak dah jadi suami isteri.

Kak Long said...

selamat melayari alam bahagia!

zino said...

semuga berbahagia...

~ mizzAmy ~ said...

aishh... bila baca entri ni, tetiba akak pun nak kawin jugak lah!!! hahahaha.....

Riezal aka Rezdrake said...

Salah yana.. congrats. Selamat pengantin baru..Moga dapat menjadi seorang isteri yang bertanggungjawab, menghormati suami dan senantiasa menjaga rumahtangga dengan baik. Welcome to the club hehe :)

ladylikeme said...

hmmm...ingatkan dah lupa password..he he he

Yazid Husain said...

taniah. selamat pengantin baru

President said...

yeah...akhirnya princess liyana mengupdate juga blog ini..
:):)
tahniah..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

Post a Comment