Monday, July 4, 2011

Alhamdulillah!Thank You Allah :)

Razeeq Danish Roslan
9th June 2011
3.43 pm
3.4kg
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

Alhamdulillah. Thank you Allah for the most precious gift for my birthday (17th June).
Welcome to the world honey. I love you soooo much <3<3<3

Friday, May 20, 2011

The Clock Is Ticking :D

video


Salam semua. Alhamdulillah, sekarang sudah masuk 36 weeks plus and to be honest, saya sangat cuak. Eeerr, selalu mimpi bangun pagi je dah bersalin. Ha ha ha. Nampak sangat takut nak rasa sakit, bangun2 baby dah keluar je, boleh? Ahaks! Sekarang pun dah cuti awal bersalin, sebab doktor kat labuan tak benarkan naik kapal terbang lepas 35 weeks. So, amik jela 3 bulan terus. Kalau nak selamat balik kampung, bersalin dan berpantang di sini. Well, mestila kita nak dekat dengan mama kita kan. So am I. ::)) Bila dah rasa sendiri macam mana pengalaman ibu mengandung ni, barula tahu macam mana hebat pengorbanan ibu-ibu kita. So, hargailah dan sayangilah mereka selagi mereka masih ada. Jasa mereka takkan dapat kita balas sampai bila-bila. Jadilah anak yang taat dan patuh, dan jangan menderhaka. :))

For now, i just hope my hubby to be right beside me. That's all i need. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, dan kurniakanlah kesihatan yang sebaik-baiknya untukku dan cahaya mataku. Aminnnn :)

Sunday, February 27, 2011

25 Wonderful Weeks! :D

Esok genap 25 weeks usia my sweetheart. Hari2 kicking, rasa sangat blessed! Thank you Allah.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Dari awal pregnancy lagi tiada alahan, morning sickness, atau mual2, muntah2 tak berhenti lagila tiada. Alhamdulillah. Hanya selera makan yang bertambah2. Hehe. Tapi okla kan?Dari tak boleh makan?lagi haru. Hehe. Hubby plak yang kesian kena tanggung semua tu. Sharing is caring. Ehehe.


Tak sabar nak buat 4D scan untuk baby balik cuti bulan 3 ni. Setiap kali ultrasound, rasa sangat seronok tengok baby dalam tu sangat aktif. Nama pun tengah cari lagi. Nak cari nama yang maknanya baik.

So far, perut dah ketat. Tidur pun tidak boleh mengiring. Terlentang je. Haha. Kalau kat sekolah kan banyak berjalan, balik kadang2 kaki bengkak. Maka, minyak aromatheraphy la yang jadi teman setia. Hihi. Barula tau betapa susahnya ibu kita mengandungkan kita. Jadi, janganla kita melawan cakap ibu bapa okk!Taatla sepenuhnya :)


To hubby, I loveee u to bits! :D Kalau nak babies ramai2 pun takpe, i bawa ok je. Hihi. :)

Thursday, February 3, 2011

Mummy-to-be Diary


Salam semua. Lama sungguh rasanya tak membebel kat sini. Life has been sooo wonderful. Alhamdulillah. Thank you Allah! :) Sudah dapat pindah dekat dengan hubby and my new school sangatttla best. Tak stress pun mengajar sekolah perempuan yang mendengar kata. Hi hi hi. It's good for my baby too :)))

heee~i'm in my second trimester of my pregnancy now. SANGAT-SANGAT happy bila baby aktif gerak2 dalam perut. I can feel you sweetheart. Membesar baik2 ek! Lotion atas tu dibeli sebab kawan2 yang advise suruh beli. Hi hi hi~



Ni plak susu pilihan untuk saya dan baby. Minum susu kan elok untuk perkembangan dan tumbesaran baby ::))



Saja simpan digital pregnancy test ni dulu. Bila dah rasa lain macam je, checked alhamdulillah positive. Sangat excited. :D Syukur Alhamdulillah.

I'm half way through my pregnancy. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aminnnnnnn :D

P/s : my dear sweetheart, DADDY AND MAMA LOVE YOU :D


Friday, December 3, 2010

Thank You Allah :D

Salam. Lama sungguh tidak update. Bersawang sudah blog ni. Haha. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa saya selama ni. Syukur alhamdulillah.

Sudah dapat pindah ke Labuan, dekat sangat2 dengan hubby. Setelah setahun mengajar di Johor. Tapi, saya mesti akan sangat rindu pada sekolah lama. Semua nama-nama di atas adalah 7 orang cikgu yang dapat berpindah pulang ke pangkuan hubby masing2. Moga akak-akak semua bahagia hingga ke syurga. Selamat berkhidmat di sekolah baru. Adat pertemuan, mesti ada perpisahan. Ada masa, kita jumpa lagi!

Dan saya juga sudah dapat apa yang diimpikan. Thank you Allah. Sangat2 bersyukur. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat yang melimpah ruah.

Buat kalian di luar sana, percayalah, Allah itu sebaik-baik perancang. :)

<3,
Yana :)

Sunday, June 6, 2010

Honeymoon mode :D

Salam semua. Lamaaa betul tidak update. Al-maklumla, busy busy busy. Rindu bangat nak cam dulu, sempat je baca blog kawan2. Ni, blog sendiri pun bersawang. Hahaha.

Sad news : Permohonan pertukaran anda ke Wilayah Persekutuan Labuan tidak diluluskan. Huh, hancur luluh hati ni sambil menangis ditemani hubby. Sedih sangat. Hubby cuti awal seminggu, so dia turun Kulai jumpa isteri tersayang. Lepas rindu. Alaahai. Cuba nak buat rayuan, tapi cam tak dapat je. Terpaksala tunggu pertukaran hujung tahun. Ya Allah, kuatnya dugaanMu. Aku redha. Permudahkanla segala urusan kami Ya Allah!


So, cuti sekolah ni kami sempat ke Singapore. Hubby mengidam mau makan beryani and murtabak paling besar pernah kami jumpa. Sangat bestt!Lepasni, akan jadi aktiviti tahunan ke Singapore just nak makan kat Restoran Zam-Zam. Memang sedappp! :D


Nasi melimpah ruah. Tapi licin je. huhu.



Area masjid Sultan. Berhenti solat. :D



Area universal Studio, Sentosa Island.


Masih dalam honeymoon mode. Sekarang di Kota Kinabalu. Sambung honeymoon selama 2 minggu cuti sekolah. Jarang jumpa ni rindunya lain macam. Hehe. Well, absence makes the heart grow fonder right? :D

Wednesday, May 19, 2010

Mood Swing



Dulu-dulu, pandang je.

Sekarang dah kerja, ada duit sendiri. Baru boleh afford nak beli.

Make-up base, compact powder, special edition for lipstick and blusher. Warna yang sangat lawa. Me likeyyy. Sangat suka produk MAC. Best!

No wonder students sibuk tanya, 'teacher, teacher pakai lipstick apa ek? :P ' hehehehe.

Mood swing sekarang. Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini. Semoga hubby selamat di sana. Dan permudahkanlah segala urusan kami. Aminnnnnnnnnn!